MalaysiaSport

Pemain Liverpool bengang dengan pengadil

LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Jordan Henderson mengakui pemain ‘tidak gembira’ dengan pengadil, Paul Tierney selepas seri 0-0 berdepan Manchester United.

Skuad kendalian Jurgen Klopp gagal memecah kebuntuan di pertahanan United dekat Anfield dan melalui tiga perlawanan berturut-turut tanpa menjaringkan gol.

Mereka bagaimanapun ada peluang hebat untuk mendahului pada babak pertama jika Tierney tidak meniup wisel lima saat lebih awal pada tambahan masa lima minit babak pertama.

Penyerang Liverpool, Sadio Mane boleh melepaskan diri di belakang pertahanan United untuk menerima hantaran jauh namun pegawai perlawanan itu meniup wisel sebelum hantaran itu dibuat menyebabkan tuan rumah berang.

Henderson, yang bermain di pertahanan tengah berikutan kecederaan dihadapi pasukan, berkata pemain Liverpool ‘kecewa’ apabila wisel itu ditiup lebih awal.

“Kami tidak gembira mengenainya seperti yang anda boleh bayangkan. Pelik, sangat pelik,” kata pemain tengah England kepada Sky Sports.

“Dia boleh membawanya ke gol jika wisel tidak ditiup. Saya tidak tahu. Kami kecewa pada babak pertama, tapi ada banyak masa buat kami untuk menjaringkan satu lagi gol tetapi kami kurang kualiti pada babak kedua.”

Penyokong Liverpool juga berang dengan tindakan Tierney dengan seorang daripadanya menerusi twitter berkata: “Saya benar-benar marah. Tiada alasan di sini. Ada 6 saat lagi. Anda tidak boleh meniup wisel selagi masa belum habis.” – Agensi

Source
bharian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close