Malaysia

Kes positif harian Covid-19 kembali lepasi 4,000 kes

KUALA LUMPUR – Kes positif baharu Covid-19 kembali melebihi 4,000 kes untuk kali kedua tahun ini.

Daripada 4,008 kes harian yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya lima kes sahaja merupakan kes import, manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatat kes tertinggi iaitu 1,391 diikuti Kuala Lumpur (513 kes) dan Johor (470 kes).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 1,061 kes (76.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, sebanyak 2,374 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh dari wabak itu adalah 127,662 kes.

Turut dilaporkan 11 kematian hari ini, 246 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 96 daripadanya menerima bantuan alat pernafasan.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes dari Selangor, masing-masing tiga kes dari Sabah dan Johor, serta satu kes dari Sarawak dengan sembilan warganegara dan dua bukan warganegara,” tambah beliau.-MalaysiaGazette

Source
Malaysia GAzette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close