Malaysia

Koperal Azmi sudah tiada

Kepala Batas: Anggota polis yang berhasrat untuk menemui rakan sekerjanya selepas dia dilaporkan tenat akibat barah rahang mulut yang dihadapinya menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bertam Perdana, tengah hari ini.

Berita kematian Koperal Azmi Kamarudin, 34, disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Beliau berkata, Azmi dilaporkan meninggal dunia pada 12.18 tengah hari disebabkan penyakit yang dialaminya.

“Kami warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarganya termasuk isterinya, Koperal Noor Ifa Md Sukari atas pemergian suami tercinta.

“Syukur sebelum pemergiannya kami sempat merealisasikan hasratnya untuk bertemu rakan sekerja dan berharap semua ahli keluarganya tabah dengan ujian ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jenazah Azmi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berpusat Masjid Abdullah Fahim, Permatang Langsat di sini, selepas solat Asar hari ini.

Semalam, warga IPD Seberang Perai Utara menziarahi Azmi hingga terukir senyuman pada wajah anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang itu.

Walaupun tidak bermaya, Azmi dilihat amat ceria dan menghargai kunjungan rakan sekerjanya yang datang bertanya khabar serta mendoakan kesihatannya termasuk menyampaikan beberapa bantuan bagi meringankan beban keluarganya.

Source
hmetro
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close