MalaysiaSetempat

Bank tidak tawar moratorium tapi jadual semula pinjaman – Zahid

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia diminta mengeluarkan arahan jelas kepada institusi kewangan bagaimana moratorium ini harus dilaksanakan.

Ia susulan terdapat dakwaan institusi kewangan mengambil kesempatan atas nama penangguhan pembayaran pinjaman tanpa melaksanakan moratorium tetapi menawarkan penjadualan semula pinjaman atau penstrukturan semula pinjaman.

ADVERTISEMENT

Sebaliknya, institusi-institusi kewangan ini memanjangkan tempoh pembayaran yang akhirnya memberi keuntungan kepada pihak kreditor.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan adalah tidak wajar bagi institusi kewangan mengaut sebarang keuntungan tambahan dalam bentuk apa-apa fi atau caj bunga ke atas baki pinjaman atas apa alasan sekalipun.

Katanya, sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi dan pemimpin-pemimpin UMNO sudah beberapa kali memberi saranan supaya kerajaan melaksanakan langkah-langkah perlu bagi mengurangkan tekanan ekonomi yang dialami oleh rakyat ketika ini.

ADVERTISEMENThttps://78bc8f14e94f2e6899f7c4f9496a1238.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

”Malah dalam surat saya selaku Presiden UMNO kepada YAB Perdana Menteri sebelum ini juga saya tekankan agar perihal ekonomi rakyat dijadikan keutamaan dan diberi perhatian penuh oleh kerajaan.

”Dalam keadaan sekarang ini, bukan hanya golongan B40 sahaja yang terkesan, tetapi juga golongan M40. Ramai yang terjejas pendapatan dan ada yang terpaksa menambah komitmen bagi berhadapan dengan norma baharu dalam pelbagai perkara.

”Justeru langkah yang paling cepat impaknya bagi mengurangkan bebanan mereka adalah lanjutan moratorium secara automatik dan ianya haruslah tidak mengandungi syarat-syarat terselindung, tidak kira lah sama ada kepada peminjam peribadi ataupun perniagaan kecil dan sederhana,” tegas beliau.

ADVERTISEMENT

Ahmad Zahid berkata, beliau percaya lanjutan moratorium ini akan dapat digunakan sebaiknya oleh rakyat bagi menampung serba sedikit kekurangan tunai mereka dan secara tidak langsung, meningkatkan aliran tunai dalam pasaran.

Katanya, sektor perbankan tidak akan mengalami krisis sekiranya perintah lanjutan moratorium dilaksanakan kerana sektor ini bukan sahaja masih mengaut keuntungan besar pada tahun lalu, malah berada dalam kedudukan ketahanan modal yang ampuh dalam mengharungi krisis ini. – MalaysiaGazette

Source
malaysiagazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close