MalaysiaVIRAL

Lelaki berlagak polis ditahan

KAJANG: Seorang lelaki yang juga Yang Dipertua sebuah pertubuhan ditahan selepas dikesan melakukan rondaan dengan menggunakan identiti menyerupai pegawai polis di sebuah taman perumahan di daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata lelaki berusia pertengahan 40-an itu ditahan bagi membantu siasatan terhadap pertubuhan itu.

“Tangkapan dilakukan susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, kelmarin.

“Ia susulan tular beberapa gambar dan rakaman video menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan beberapa individu menjalankan tugas rondaan menggunakan identiti menyerupai pegawai polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.DISYORKAN UNTUK ANDA

Beliau berkata, laporan polis itu ekoran isu yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung tindakan ahli pertubuhan terbabit yang dikatakan bertindak sendirian tanpa seliaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Suspek adalah individu yang dilihat dalam gambar dan rakaman video yang tular dan menerusi tangkapan itu, kita turut merampas pakaian seragam pertubuhan yang digunakan.

“Lelaki itu kini direman sehingga esok dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 89(c) Akta Polis, Seksyen 25 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 26 Akta Rukun Tetangga,” katanya.

Katanya, pihaknya kini sedang mengesan ahli pertubuhan itu untuk membantu siasatan polis.

Sehubungan itu, katanya sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung gambar dan video yang tular itu supaya berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Norazwan di talian 013-3928357.

Source
bharian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close