Covid-19Malaysia

Boleh gerak lebih radius 10km, larangan rentas daerah dan negeri kekal

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan membenarkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer dari lokasi tetapi mengekalkan larangan rentas daerah dan negeri.

Pergerakan lebih 10 km ini adalah dibenarkan di semua negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas banyak aktiviti perniagaan diberikan kebenaran untuk beroperasi di seluruh negara.

“Selepas mengambil kita keputusan kerajaan sebelum ini yang membenarkan banyak sektor perniagaan dibenarkan beroperasi, adalah tidak relevan untuk kita terus melarang mana-mana pihak bergerak dalam radius 10 km.DISYORKAN UNTUK ANDA

“Bagaimanapun larangan merentas daerah dan negeri setakat ini masih lagi dikekalkan di semua negeri,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, hari ini.

Source
BERITA HARIAN
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close