#kitajagakitaSetempat

Vaksin Covid-19 selamat tiba di Terengganu

Kuala Terengganu: Penghantaran pertama kira-kira 16,000 vaksin Covid-19 selamat tiba di Terengganu hari ini.

Sebahagian daripada bekalan itu tiba di perkarangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kira-kira 1.30 tengah hari tadi dengan diiringi tiga kenderaan polis.

Terdahulu, bekalan vaksin sama selamat tiba di dua pusat simpanan vaksin (PSV) di Kemaman dan Setiu.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, seramai lapan pegawai dan anggota ditugaskan untuk memastikan keselamatan vaksin yang diambil di tempat penyimpanan di Subang Jaya.

“Kita bertolak ke Subang Jaya semalam dan bergerak semula dari Subang Jaya ke Terengganu kira-kira 6 pagi tadi.

“Alhamdulillah, kesemua vaksin ini berjaya dihantar ke tiga PSV iaitu Kemaman, Setiu dan Kuala Terengganu.

“Bagi penugasan di PSV pula, kita akan buat rondaan secara berkala dan akan menambah keanggotaan kita berdasarkan keperluan semasa,” katanya pada sidang media di perkarangan HSNZ di sini hari ini.

Ketika ditanya jumlah pegawai dan anggota Kontinjen Terengganu yang akan menerima suntikan vaksin, Rohaimi berkata, ia terletak kepada keputusan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

“Di Terengganu, terdapat lebih 4,000 pegawai dan anggota namun jadual untuk suntikan itu akan ditentukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita tidak pasti jumlah sebenar pegawai dan anggota yang akan menerima vaksin fasa pertama ini, semuanya terserah atas budi bicara KKM,” katanya.

Source
Harian Metro
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close