Malaysia

Dividen KWSP tampung pengeluaran i-Lestari, i-Sinar – Shahir

KUALA LUMPUR – Prestasi kukuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2020, walaupun negara berdepan pandemik Covid-19, membuktikan keputusan Kerajaan Barisan Nasional meminta organisasi caruman pekerja itu melakukan pelaburan keluar keluar negara dalah tepat.

KWSP mengumumkan dividen tahun 2020 sebanyak 5.2% untuk simpanan konvensionak dan 4.9% bagi simpanan Syariah.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, pulangan dividen yang lebih tinggi berbanding dividn Amanah Saham Bumiputera (ASB) itu mampu menampung pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar yang dibuat oleh rakyat ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Berdasarkan kenyataan KWSP, bagi bulan Disember 2020, pelaburan aset luar negara secara keseluruhan oleh KWSP adalah sekitar 33%.

Ekuiti, terutama ekuiti luar negara terus menjadi pemacu kepada pulangan besar KWSP sebanyak RM 26.71 bilion.

Menurut Shahir, prestasi yang kukuh ini adalah selari dengan pengumuman dividen bagi tahun 2020.

Lantaran itu DPIM berharap kerajaan Perikatan Nasional akan meneruskan polisi-polisi pelaburan sejak waktu Barisan Nasional agar rakyat terus mengecapi faedah daripada simpanan untuk hari tua nanti.

”Diharapkan momentum pelaburan bagi tahun 2021 akan lebih baik agar rakyat mendapatkan balik wang pengeluaran daripada i-Sinar dan i-Lestari melalui keuntungan dividen KSWP,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau juga mengingatkan kerajaan agar jangan ulangi kaedah ekonomi Pakatan Harapan yang menjual pelbagai aset hingga menyebabkan pulangan yang rendah kepada rakyat.

”Contoh kegagalan ekonomi Pakatan Harapan adalah dividen 1.5% Tabung Haji. Ingatlah bahawa kepentingan rakyat perlu didahulukan setiap masa,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Source
malaysiagazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close