MalaysiaPolitic

PM terima SD sokongan Larry Sng, Steven Choong

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin yang memuat naik hantaran berserta tiga keping gambar dalam laman sosial Facebook, berkata SD itu adalah daripada Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon.

Katanya, dokumen itu ditandatangani dan diserahkan kepadanya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya.

“Alhamdulillah, sokongan ini tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik COVID-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara,” katanya.DISYORKAN UNTUK ANDA

Terdahulu, media melaporkan peletakan jawatan Sng sebagai Ketua Parti Keadilan (PKR) Sarawak melalui satu pengumuman sidang video semalam.

Source
BERITA HARIAN
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close