Malaysia

Mayat ditemui dalam longkang

TELUK INTAN: Mayat seorang lelaki dengan bahagian kepala sudah reput, ditemui dalam longkang di hadapan sebuah sekolah di Jalan Padang Tembak, di sini, semalam.

Mayat mangsa dijumpai orang awam sebelum menghubungi polis kira-kira jam 5.50 petang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh, berkata mangsa adalah lelaki dewasa tetapi identiti belum dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui padanya.

“Mayat dijumpai dalam keadaan terlentang dengan memakai dua lapis baju.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Teluk Intan.

Katanya, bedah siasat akan dilakukan selepas laporan ujian saringan COVID-19 diperoleh.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close