JenayahMalaysia

Natrah sahkan tiada tawaran rasuah RM10 juta – SPRM

Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail menafikan ada menerima tawaran RM10 juta oleh dua individu yang mempelawanya lompat parti seperti didakwa satu akaun Facebook Ops Johor.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail menafikan ada menerima tawaran RM10 juta oleh dua individu yang mempelawanya lompat parti seperti didakwa satu akaun Facebook Ops Johor.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, wakil rakyat PKR itu mengesahkan perkara berkenaan.

“Bagaimanapun, SPRM akan terus menjalankan siasatan terhadap isu ini dengan beberapa saksi kes termasuk keterangan Natrah akan diambil dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Sebelum itu, Natrah telah hadir bagi diambil keterangan berhubung dakwaan yang sama di cawangan SPRM Segamat.

Sehubungan itu, SPRM turut menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes berkenaan.- MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close