JenayahMalaysia

138 saman terhadap penunggang motosikal

KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan 138 saman kerana pelbagai kesalahan terhadap penunggang motosikal dalam Op Bersepadu Ekzos Bising di lorong motosikal Kilometer 29.3 susur keluar Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Lebuhraya Persekutuan, dekat Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat, berkata menerusi operasi itu bermula jam 5 hingga 6.40 petang, 436 motosikal dan 392 individu diperiksa.

“Kesalahan direkodkan ialah nombor plat motosikal tidak mengikut spesifikasi ditetapkan (67), tiada lesen memandu (27) dan ekzos bising (21).

“Kita juga kesan dua kesalahan motosikal tiada insurans, tiada cermin sisi (11), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (tiga) dan tidak pamer P (satu).DISYORKAN UNTUK ANDA

“Sebanyak 19 motosikal disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Op Bersepadu itu turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close