Malaysia

Jawi: 98 peratus SRJKC Semenanjung tidak setuju

KUALA LUMPUR – Sebanyak 98.29 peratus sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) di Semenanjung tidak bersetuju dengan pengajaran mengenai pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu darjah empat.

Pengerusi Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Tan Tai Kim berkata, daripada kajian yang dijalankan di Semenanjung, hanya terdapat 17 sekolah bersetuju dengan pelaksanaannya.

“Kebanyakan SRJKC berskala besar tidak bersetuju, hanya sekolah kecil dan sekolah yang mempunyai majoriti murid bukan Cina bersetuju.

“Dalam sekolah-sekolah ini, ibu bapa dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) bersetuju dengan pelaksanaannya,” kata Tai Kim kepada Sinchew Daily.

Mengenai data di Sabah dan Sarawak, Tai Kim berkata, maklumatnya masih dikumpulkan dan data yang lengkap akan diumumkan.

Tai Kim menegaskan bahawa Dong Zong tidak menolak pengajaran tulisan Jawi dan menyokong kaligrafi pelbagai kaum diperkenalkan dalam buku teks.“Selama ini, kami memang bersetuju dan menyokong perkara ini,” katanya.

Kajian Dong Zong terdahulu pada tahun lalu menunjukkan daripada 1,298 SRJKC di seluruh negara, sebanyak 1,275 tidak bersetuju dengan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu.

Dalam kajian itu, hanya 23 SRJKC yang bersetuju dengan pelaksanaannya. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close