MalaysiaPolitic

Tiada lagi wakil rakyat PKR sertai PN – Anwar

PETALING JAYA: PKR mengumumkan tiada lagi wakil rakyatnya yang akan bertindak keluar parti untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu dinyatakan secara sebulat suara pada sesi taklimat membabitkan semua wakil rakyat daripada parti itu.

Katanya, ia sekali gus membatalkan tohmahan kononnya ada beberapa lagi Ahli Parlimen PKR yang diugut atau cuba ‘dibeli’ untuk menyertai PN.

“Saya sukacita kerana mereka ini kekal dengan idealisme perjuangan, agenda reformasi dan tekad untuk membawa perubahan dalam negara.DISYORKAN UNTUK ANDA

“Kita tidak berganjak dengan pendirian bahawa kita kini berdepan sistem bobrok apabila menularnya rasuah dan keangkuhan kuasa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close