Covid-19Malaysia

Henti tular berita tidak tepat kematian jururawat

GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang meminta orang ramai berhenti menularkan berita tidak tepat dan tidak sahih mengenai kematian jururawat yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, dua hari lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Asmayani Khalib, berkata ini penting bagi mengelakkan salah tanggapan orang ramai terhadap vaksin COVID-19.

Beliau berkata, jururawat berusia 45 tahun itu sudah menerima suntikan vaksin Comirnaty pada 12 Mac lalu dan tidak menunjukkan sebarang kontraindikasi serta dalam keadaan stabil ketika pemerhatian di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Beliau hanya mengadu lenguh pada tempat suntikan iaitu pada tangan kiri, namun sudah bekerja seperti biasa mengikut syif.DISYORKAN UNTUK ANDA

“Selain mempunyai komorbiditi penyakit darah tinggi kronik, beliau mengadu kepada suaminya dia tidak selesa bernafas pada Selasa lalu, tetapi tidak mendapatkan sebarang rawatan perubatan atau melaporkannya kepada pasukan PPV,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Asmayani berkata, suami jururawat berkenaan mendapati isterinya sudah tidak sedarkan diri pada Rabu lalu di rumah mereka di Bandar Seri Astana, Sungai Petani, dan menghubungi Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah sebelum wanita terbabit disahkan meninggal dunia.

Katanya, laporan bedah siasat menunjukkan kematian jururawat itu disebabkan serangan jantung dan tiada tanda anafilaksis atau reaksi alergi.

“Oleh itu, kematian ini tidak berkaitan dengan vaksinasi COVID-19,” katanya.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Asmayani Khalib. - Foto fail NSTP
Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Asmayani Khalib. – Foto fail NSTP

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close