Ketua Wanita Umno Bahagian Rasah meninggal dunia

SEREMBAN; Ketua Wanita Umno Bahagian Rasah, di sini, Hapsah Hamid, 75, meninggal dunia di rumah anaknya di Kampung Jiboi Baru, Ampangan di sini, kira-kira jam 5 pagi tadi.
Cucu Allahyarhamah, Faiqah Khairul Azam, berkata arwah neneknya mengalami demam sejak dua hari lalu selepas menjalani pembedahan ketumbuhan otak di sebuah hospital swasta di ibu negara, kira-kira dua minggu lalu.
“Allahyarhamah mengidap ketumbuhan otak sejak tiga tahun lalu dan sejak itu arwah sudah tiga kali menjalani pembedahan.
“Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Taman Bukit Kepayang Seremban pagi ini bagi urusan mandi dan kemudian dibawa ke Surau Taman Bukit Kepayang untuk solat.DISYORKAN UNTUK ANDA
- Ahli Parlimen Jelebu meninggal dunia
- Bob Lokman kehilangan anak sulung
- Anak Pengarang Bersekutu Edisi Cetak BH meninggal dunia
- Isteri Jalaluddin Hassan meninggal dunia
“Jenazah dijangka dikebumikan di Makam Tuan Haji Said Seremban atau Tanah Perkuburan Islam Senawang selepas Zuhur hari ini,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, arwah mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan.
Sementara itu, pemimpin UMNO Rasah, Datuk Mohammed Najeeb Abdullah berkata, Allahyarham menjawat jawatan Ketua wanita UMNO Rasah selama lima penggal.
Katanya, arwah seorang pemimpin yang komited terhadap perjuangan UMNO dan disenangi rakan dalam parti itu.
“UMNO Bahagian Rasah kehilangan pemimpin wanita yang berwibawa dan sudah menabur banyak jasa terhadap parti serta masyarakat bukan saja di Rasah malah di Negeri Sembilan.
“Saya mengucapkan takziah terhadap keluarga Allahyarham,” katanya.