#kitajagakitaCovid-19Malaysia

Pharmaniaga bekal, edar 200,000 dos vaksin COVID-19 Sinovac

Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk membekal dan mengedarkan 200,000 dos vaksin COVID-19. – Gambar fail/REUTERS

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Bhd, Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk membekal dan mengedarkan 200,000 dos vaksin COVID-19 produk siap yang diimport oleh Sinovac.

Vaksin tersebut telah dibangunkan dan dihasilkan oleh Sinovac Life Sciences Co Ltd, anak syarikat Sinovac Biotech Ltd.

“Perjanjian dan kerjasama yang itu akan menjadi platform kepada Pharmaniaga untuk mengukuhkan lagi perniagaan vaksinnya dan mengembangkan sektor itu di Malaysia

“Ia juga akan menyediakan syarikat dengan aliran pendapatan lain yang akan menyumbang kepada keuntungannya pada masa akan datang,” kata Pharmaniaga dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat itu menambah kerjasama itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan pendapatan sesaham kumpulan pada masa depan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021.– BERNAMA

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close