MalaysiaVIRAL

Helikopter terhempas, semua penumpang selamat

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan kejadian helikopter terhempas berlaku di kawasan kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang awal pagi tadi.

Nik Ezanee berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.18 pagi itu, seorang juruterbang dan pembantu juruterbang cedera manakala tiga penumpang terselamat.

“Saya hanya boleh sahkan ada helikopter terhempas di Bay 17 LTSAAS jam 9.18 pagi. Lima penumpang, seorang cedera. Mereka telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (MOT) sedang menyiasat punca kemalangan,” katanya secara ringkas menerusi grup WhatsApp, hari ini.

163949129_1851609378350097_8813472296523636306_n
Kejadian helikopter terhempas di kawasan kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, jam 9.18 pagi.

Terdahulu sebuah helikopter jenis Airbus H125 dinaiki lima lelaki terhempas di kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pagi tadi ketika membuat pendaratan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis dalam satu kenyataan hari ini turut mengesahkan kejadian itu selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.26 pagi dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.

Menurut Norazam, semua mangsa disahkan selamat dan hanya mengalami cedera ringan di bahagian kaki dan kepala selepas penerbangan berlepas dari Terengganu.

“Seorang lelaki patah kaki kanan manakala seorang lagi cedera ringan di kaki. Tiga lagi tidak mengalami kecederaan. Semua mangsa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Norazam turut mengesahkan helikopter terbabit tidak mengalami kebakaran dan punca kejadian masih disiasat. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close