MalaysiaSetempat

Pindahkan segera penduduk Melayu Islam Kedah di Bukit Malut

ALOR SETAR: Kerajaan negeri berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertindak memindahkan segera penduduk Melayu Islam Kedah (MIK) di Bukit Malut ke lokasi baharu di Langkawi.

MIK merujuk kepada pelarian Mynmar yang mula membuka penempatan di situ, khasnya di pesisir laut sejak awal 80-an tetapi kini terus berkembang sehingga ke kawasan berbukit. Komuniti MIK ini juga mempunyai kad pengenalan dan warganegara Malaysia.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya mencadangkan dua plot tanah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di kawasan berhampiran Bukit Malut yang boleh digunakan untuk tujuan itu.

“Kerajaan negeri tidak ada halangan, malah bersedia membantu sedaya upaya supaya MIK di Bukit Malut dapat ditempatkan semula di lokasi lain.DISYORKAN UNTUK ANDA

“Ini kerana keadaan di sana semakin melarat hingga ada yang membina rumah dalam air. Mereka sudah beranak pinak dan berkembang. Dulu saya difahamkan ada 1,200 rumah, sekarang mungkin sudah bertambah menjadi 1,500 rumah.

“Jika jumlah semakin banyak, kita mengalami kesukaran untuk memindahkan mereka,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

BH pada Jun 2019 mendedahkan, Bukit Malut dianggap sebagai kawasan paling hitam di Langkawi berikutan berlaku banyak kegiatan jenayah, termasuk penyeludupan berikutan kehadiran warga asing tidak terkawal.

Kesesakan kediaman penduduk yang memenuhi pinggir pantai Bukit Malut membuatkan ia umpama penempatan haram di Sao Paulo, Brazil atau setinggan di Mexico City, Mexico.

Muhammad Sanusi pada Julai tahun lalu berkata, pihaknya sudah mengemukakan kertas kerja kepada MKN bagi memindahkan mereka ke lokasi baharu yang belum dapat didedahkan lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dasar kerajaan negeri sangat jelas mengenai penempatan MIK

dan mereka yang dipindahkan bukan diberi rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Katanya, rumah PPRT hanya akan diberi kepada penduduk asal Langkawi saja dan penduduk di sana tidak perlu bimbang mengenai perkara itu.

“Kerajaan negeri turut berharap penduduk MIK dapat mengambil inisiatif sendiri mencari kediaman sah.

“Ini kerana, mereka tidak boleh lagi berterusan mendirikan rumah di tanah milik orang lain iaitu milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” katanya.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, sebuah litar kereta berprestasi tinggi bertaraf antarabangsa akan dibina di kawasan Bukit Malut, Langkawi tidak lama lagi.

Beliau berkata, pembinaan litar kereta berkenaan hasil kerjasama antara PKB dan sebuah syarikat swasta.

Bagaimanapun, katanya, pembinaan litar itu tidak membabitkan kawasan penempatan rumah haram di Bukit Malut.

“Litar kereta ini hanya digunakan kereta berkuasa tinggi yang ada di pulau peranginan itu. Di Langkawi ada kira-kira 1,600 kereta berkuasa tinggi, tetapi walaupun memiliki kereta hebat, mereka tidak boleh ke mana-mana.

“Jadi dengan kerjasama sebuah syarikat swasta, kita sediakan satu litar untuk pemilik kenderaan berprestasi tinggi ini gunakan bagi menikmati kehebatan kenderaan mereka dengan bayaran tertentu,” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close