
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2020 dimulakan dengan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pagi ini.
Acara itu dikawal rapi oleh Skuad Sabil bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.
Ketibaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada jam 8 pagi tadi disambut Ketua Wanita, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; dan Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan.
Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan.
- Najib rasmi Perhimpunan Agung UMNO 2016
- KJ beri arahan kawalan kehormat
- Najib rasmi Perhimpunan Agung UMNO 2015
- Raptai perasmian PAU 2017 lancar
Ahmad Zahid kemudian menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ dengan diiringi nyanyian lagu parti, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ oleh perwakilan.
Perhimpunan selama dua hari sejak semalam itu diadakan secara hibrid sebagai mematuhi syarat ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Edisi kali ini yang diadakan selepas setahun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19, berlangsung sederhana tanpa gerai jualan dan kunjungan orang ramai. – BERNAMA