
KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat, malam tadi, mengesahkan keputusan Jawatankuasa Disiplin untuk menggantung keahlian seorang ahli parti selama enam tahun.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketika memaklumkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti ahli terbabit mahupun jawatan yang disandangnya.
“Saya tidak mahu menyebut namanya kerana biarlah beliau menerima surat penggantungan itu yang sudah dihantar, sebentar tadi (malam tadi),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat MKT UMNO, di sini.ADVERTISING
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz, digantung keahlian daripada parti itu.DISYORKAN UNTUK ANDA
- TPM pengerusikan mesyuarat BN Sabah
- Dr Mahathir lantik Sazmi tapi Suhaimi dakwa masih Setiausaha Kerja
- Keahlian Tun Faisal digantung 6 tahun
- Wakil rakyat lompat parti gugur keahlian
Ditanya mengenai punca individu berkenaan digantung keahlian, Ahmad berkata, semua perkara terbabit ada dinyatakan dalam surat berkaitan.
“Segala perlembagaan yang mana dilanggar dan sebagainya itu ada dalam surat berkaitan.
“Justeru, biarlah individu berkaitan menerima surat itu. Saya kira ia lebih elok jika beliau menerima surat itu. Saya tidak sebut ahli MKT ya,” katanya.
Sementara itu berhubung perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada hari ini pula, Ahmad berkata, seramai 1,100 atau 42 peratus daripada 2,668 perwakilan akan menghadirinya di tiga dewan utama Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini.
Beliau berkata, Presiden dan Timbalan Presiden PAS, MIC serta MCA dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta Setiausaha Agung PBRS, telah mengesahkan kehadiran ke perhimpunan itu. – BERNAMA