Malaysia

Empat sekeluarga maut Perodua Myvi bertembung treler di Bentong

KUANTAN – Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, di Bentong kira-kira 195 kilometer dari sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh dalam kejadian pada 4.10 pagi itu, mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kereta Marlianna Abdul Muid, 37, dan adiknya Marlia, 36, akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Pertembungan itu mengakibatkan pemandu dan penumpang hadapan tersepit dan kereta mangsa remuk pada bahagian hadapan menyebabkan bantuan bomba diperlukan bagi mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata pemandu treler yang berusia 42 tahun, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun bahagian hadapan trelernya itu turut rosak.

Kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BERNAMA

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close