MalaysiaVIRAL

Polis cadang Neelofa, suami dikompaun

KUALA LUMPUR: Polis sudah menyerahkan kertas siasatan majlis perkahwinan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut, selepas didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya juga mencadangkan kompaun dikeluarkan terhadap pasangan terbabit kerana ingkar SOP berkenaan.

“Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada mereka akan didakwa atau sebaliknya.

“Kertas siasatan sudah diserahkan dan kita cadang pasangan berkenaan dikompaun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA

Sebelum ini, polis mengesahkan sudah merekodkan keterangan Neelofa dan Haris atau dikenali PU Riz berhubung isu itu.

Mohamad Zainal dipetik berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada 27 Mac lalu.

Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close