JenayahMalaysia

Sindiket judi dalam talian diserbu

KUALA LUMPUR: Taktik satu sindiket perjudian dalam talian yang menjadikan kondominium mewah di Jalan Tun Razak di sini sebagai pusat operasi panggilan aktiviti itu terbongkar apabila diserbu, tengah malam tadi.

Dalam serbuan Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, seramai 11 individu berumur lingkungan 19 hingga 38 tahun termasuk seorang wanita warga China yang dipercayai penjaga premis, ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff, berkata pusat berkenaan didapati beroperasi kira-kira dua bulan lalu dan mengaut keuntungan sehingga RM20,000 sehari.

“Sindiket ini dipercayai mempromosi judi dalam talian kepada warganegara China di premis yang disewa pada harga RM10,000 sebulan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.DISYORKAN UNTUK ANDA

Dalam serbuan diketuai Timbalan Ketua JSJ (Risikan dan Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor itu, polis turut merampas 17 komputer riba, 100 telefon bimbit dan peralatan yang digunakan untuk aktiviti perjudian.

Saiful Annuar berkata, setiap pekerja menerima upah RM3,000 sebulan selain komisen untuk mendapatkan pelanggan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963. – BERNAMA

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close