Malaysia

Pemandu dikhuatiri lemas, lori balak terjunam dalam tasik

GUA MUSANG: Seorang pemandu lori balak dikhuatiri lemas, selepas kenderaan sarat muatan dipandunya terjunam dan terbalik dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang dekat Pos Blau, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa berusia 30-an dalam perjalanan membawa kira-kira 50 batang balak ke pusat timbang balak di Kampung Kuala Betis.

Ketua Polis Daerah, Superintandan Sik Choon Foo, berkata kayu balak terbabit diangkut mangsa dari sebuah betau di tidak jauh dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, treler terbabit hilang kawalan ketika melalui satu selekoh menurungi bukit, ketika dalam perjalanannya ke Kampung Kuala Betis.

Katanya, akibat kejadian itu, kenderaannya terbabas ke sebelah kiri laluan sebelum terjunam dalam tasik bersama sebahagian muatan balak di atasnya.

“Bagaimanapun, setakat ini identiti mangsa belum diperoleh kerana gerakan mencarinya masih gagal menemuinya lelaki terbabit, “katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, lewat petang semalam.

Choon Foo berkata, berdasarkan laporan rakan mangsa, kayu balak terbabit hendak dihantar ke kilang papan di Ipoh dan mangsa dikatakan pertama kali datang mengambil muatan di situ.

“Sebahagian kayu balak dari treler dipandu mangsa turut terjatuh di tepi tasik terbabit dipercayai akibat rantai pengikat yang putus,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor, berkata operasi mencari dan menyelamat disambung semula hari ini dengan bantuan pasukan skuba selepas ditangguhkan jam 6.30 petang semalam.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close