JenayahMalaysiaVIRAL

Hina Permaisuri Agong: Fahmi Reza akan direman, disiasat menghasut

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini mengesahkan tangkapan ke atas Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin yang merupakan pemilik akaun Facebook menggunakan nama Fahmi Reza.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamad berkata, penahanan itu dibuat berikutan laporan polis berhubung perbuatan  menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Melalui akaun media sosial itu, suspek telah memuat naik satu posting atau entri di pautan beralamat https://facebook.com/story.php?story_fbid=3946829582019113&id=100 000763298189
yang mengandungi sekeping gambar raja permaisuri agong beserta kenyataan berbunyi “This Is Dengki Ke? 100 dengki songs, all in one playlist.”.

“Justeru siasatan lanjut mendapati suspek juga memuat naik satu lagi link Spotify di pautan https://open.spotify.com/playlist/0XOOulZdEXAFDC7ZPHLQTO yang menyenaraikan lagu-lagu yang mengandungi perkataan ‘Jealousy beserta gambar baginda raja permaisuri agong yang tertera ‘This is Dengki Ke?”

“Pada 23 April 2021 (Jumaat) JSJ Bukit Aman telah menahan Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin di ibu negara dan suspek akan di bawa ke hadapan Majistret pada 24 April 2021 untuk tujuan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

Tambah beliau, siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menggesa orang ramai agar menjadi pengguna bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran dan mengganggu-gugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni serta mengganggu-gugat ketenteraman awam,” tegasnya.-MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close