MalaysiaPolitic

Kerajaan berada pada landasan betul urusan urus negara – Mas Ermieyati

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

KUALA LUMPUR – Kaji selidik Merdeka Center yang melaporkan sebanyak 67 peratus pengundi sebenarnya menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bukti kerajaan kini berada pada landasan betul dalam mengurus negara.

Itu kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk MAS Ermieyati Samsudin sambil menegaskan, ia sudah terbukti kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menguruskan ekonomi dan kebajikan rakyat dengan baik.

“Kaji selidik Merdeka Center mendapati approval rating Perdana Menteri kini amat baik dan stabil iaitu 67 peratus positif dalam kalangan pengundi di Semenanjung.

“Merdeka Center juga mendapati sokongan terhadap Perdana Menteri amat kuat dalam kalangan pengundi Melayu dengan 83 peratus yang juga majoriti penduduk Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mas Ermieyati yang juga Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysiua (Bersatu) mengulas tinjauan Merdeka Center dijalankan antara 31 Mac dan 12 April lalu untuk mengukur persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa.

Sebanyak 2,111 pemilih berdaftar terdiri daripada 64 peratus Melayu, 28 peratus Cina, dan lapan peratus India terbabit dalam kajian itu.

Kata Mas Ermieyati lagi, kaji selidik itu juga membuktikan rata-rata pengundi menghargai keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan rakyat ketika dirundung wabak Covid-19.

“70 peratus daripada pengundi menyifatkan kerajaan menangani wabak Covid-19 dengan cekap dan teratur.

“Keyakinan terhadap pengurusan wabak ini, termasuk dasar dan prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan, adalah penting kerana usaha memerangi wabak ini memerlukan kerjasama dan sokongan setiap rakyat bagi memastikan kejayaan kita semua.

“Sebanyak 56 peratus pengundi bersetuju kerajaan PN mempunyai visi dan perancangan jelas’ bagi mengembalikan kekuatan ekonomi Malaysia yang jatuh akibat daripada wabak ini, di samping kelemahan dan kepincangan pentadbiran kerajaan lalu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengkritik pembangkang yang suka memberikan persepsi negatif bagi memburukkan kerajaan.

“Pembangkang kerap mengapi-apikan sentimen rakyat dengan pelbagai tohmahan dan gimik murahan untuk memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan. Bagi saya ini adalah untuk menutup kelemahan mereka sendiri,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close