Covid-19Malaysia

Sekolah Menengah Sains Banting kena PKPD

SMAIL SABRI YAAKOB

PUTRAJAYA: Sebuah lagi sekolah berasrama penuh bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dua minggu bermula esok sehingga 7 Mei ini melibatkan Sekolah Menengah Sains Banting di Jalan Sultan Suleiman Shah, Daerah Kuala Langat, Selangor.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan melakukan 473 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 71 pelajar positif Covid-19.

Menurut beliau, kebolehjangkitan adalah tinggi di sekolah tersebut menyebabkan penilaian risiko pelbagai agensi  bersetuju melaksanakan PKPD.

 Sekolah tersebut menampung kapasiti 900 pelajar  mula dibuka pada  2012 terletak bersebelahan Kem Tentera Udara, Institut Latihan Perindustrian dan Kolej Matrikulasi.

 Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, PKPD di Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan 14 hari lagi mulai 25 April hingga 8 Mei ini.

 “Turut disambung tempoh PKPD lagi  untuk tempoh sama ialah di Rumah Panjang Jalan Bukut Balingian, Mukah dan juga Politeknik Mukah, Sarawak,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini..

 Ujarnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Lahad Datu, Sabah turut dilanjutkan lagi selama dua minggu sehingga 8 Mei ini ekoran taburan kes baharu meliputi beberapa mukim seperti Mukim Bandar Lahad Datu, Segama, Silabukan dan Felda Sahabat.

 Bagaimanapun, PKPD di Kampung Bukuit Belacon, Segama, Lahad Datu ditamatkan esok susulan trend penurunan kes Covid-19. – UTUSAN

Source
Utusan Malaysia
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close