#kitajagakitaMalaysia

Aktiviti masjid di Pahang perlu tamat sebelum jam 10 malam

KUANTAN – Majlis Agama Islam Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan masjid bagi memastikan semua program yang dilaksanakan perlu diselesaikan sebelum pukul 10 malam dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, pihaknya memahami ada kala imam membaca surah panjang pada solat tarawih menyebabkan melebihi masa yang dihadkan.

“Bagi saya tiada masalah lewat 10 minit itu, namun kita tidak boleh menjadikan itu satu alasan.

“Harap semua imam dapat baca surah pendek supaya boleh tamat dalam masa yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas dakwaan di media sosial bahawa terdapat masjid di Pahang tidak ditutup pada jam 10 malam berikutan solat tarawih tamat lewat.

Dalam pada itu, Ahmad Hairi mengingatkan jemaah masjid mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Pahang dalam melaksanakan segala aktiviti keagamaan terutamanya solat tarawih.

Tambah beliau, perkara itu perlu dilakukan bagi mencegah wujudnya kluster baharu tercetus daripada kalangan jemaah masjid apabila tidak berwaspada.

1
Jamuan moreh disediakan di luar masjid dalam bentuk makanan berbungkus bagi kemudahan jemaah.

Dalam pada itu, tinjauan MalaysiaGazette mendapati para jemaah mematuhi semua peraturan yang digariskan dan juadah  moreh dibekalkan kepada jemaah masjid. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close