
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh daerah Raub, Pahang, mulai esok.
Ia susulan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) bahawa berlaku peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di beberapa kawasan di daerah itu.
Susulan itu, kerajaan turut memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dua mukim dalam daerah Raub iaitu Mukim Gali dan Mukim Tras.
PKP di Mukim Gali membabitkan Bandar Raub, Sungai Ruan dan Kampung Baru Sempalit manakala PKP di Mukim Tras membabitkan Kampung Sang Lee, Kampung Baru Tras dan Kampung Sungai Cheetang.DISYORKAN UNTUK ANDA
- Musang King elak Singapura menuju China
- Tengku Hassanal berkenan santuni mangsa banjir di Raub
- PKPD di Bandar Raub Perdana mulai esok
- PKPD Bandar Raub Perdana tamat hari ini
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata KKM melaporkan terdapat peningkatan kes aktif dalam tempoh sembilan hari ini apabila merekodkan 83 kes positif COVID-19.
“Selain itu, KKM turut mengesahkan Kluster Raub Jaya sudah merebak disebabkan aktiviti sosial dan turut dikesan di sekolah serta dalam kalangan pelajar.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPB di seluruh daerah Raub dan PKP di Mukim Gali dan Tras bermula 30 April (esok) hingga 13 Mei ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pelaksanaan PKPB dan PKP di daerah dan mukim-mukim berkenaan untuk memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan lain.BERITA BERKAITAN