MalaysiaPolitic

Ketua Armada Kelantan meninggal dunia

PASIR MAS: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU Kelantan, Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz, 36, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pohon Buluh, di sini, pagi tadi.

Beliau meninggal dunia jam 6 pagi selepas selesai bersahur dipercayai akibat serangan jantung.

Setiausaha Akhbar ARMADA Kelantan, Che Isham Sharudin Che Hamat Nordin, berkata pemergian Muhammad Amiin Ridhuwan secara mengejut adalah satu kehilangan besar kepada seluruh kepemimpinan di peringkat Pemuda.

“Jenazah Allahyarham masih berada di Hospital Pasir Mas untuk pemeriksaan lanjut.

“Beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benta, Kampung Pohon Buluh di sini, selepas solat Zuhur,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan Allahyarham meninggalkan dua isteri dan lapan anak.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close