
Isu kecuaian dan masalah komunikasi mungkin menjadi punca terhadap insiden pertembungan LRT menurut Presiden CILT, Prof Datuk Abd Radzak Abd Malek.
LA LUMPUR : Insiden pertembungan LRT pada Isnin lalu berkemungkinan berpunca daripada kecuaian melibatkan lebih daripada seorang individu.
Presiden Institut Logistik Dan Pengangkutan Bertauliah Antarabangsa, Prof Datuk Abd Radzak Abd Malek berpendapat, perkara seperti itu mempunyai kaitan dengan komunikasi.
“Kalau kita lihat siapa yang bagi kebenaran tren 40 (uji pandu) itu untuk bergerak dan adakah sebuah lagi tren diberikan amaran untuk berhati-hati dengan keadaan sebuah tren yang dalam keadaan diuji?