
Menurut Zuraida tiada anak yang patut dinafikan hak kewarganegaraan atas dasar tidak sah taraf. – Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengasas Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL) Datuk Zuraida Kamaruddin akan membangkitkan kes berhubung kewarganegaraan seorang anak tidak sah taraf yang gagal dalam kesnya di mahkamah kepada menteri bertanggungjawab atau Kabinet.
Beliau berkata ini bagi memastikan kanak-kanak itu mendapat status kewarganegaraan secara pendaftaran mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya beliau mengambil maklum keputusan majoriti panel hakim Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas bahawa seorang anak tidak sah taraf tidak layak mendapat kerakyatan walaupun bapanya warganegara Malaysia.