MalaysiaSetempat

AS kutuk China ceroboh ruang udara Malaysia

SYDNEY: Komander Pasifik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) mengutuk tindakan pesawat tentera China yang terbang berhampiran Malaysia dan Taiwan.

Sejumlah 16 pesawat tentera China terbang di perairan yang menjadi rebutan pelbagai negara berhampiran Borneo baru-baru ini, yang memaksa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengerah pesawat pejuangnya untuk membuat pintasan.

Jeneral Kenneth Wilsbach berkata, aktiviti penerbangan tentera China itu serta peningkatan jumlah pencerobohan zon pertahanan udara Taiwan, menambah senarai aktiviti China yang menggugat kestabilan dan meningkatkan ketegangan di rantau berkenaan.

Juruterbang TUDM merakam gambar pada Isnin lalu dan dihebahkan sehari kemudian menunjukkan pesawat milik Chinese People's Liberation Army Air Force jenis Ilyushin Il-76 memasuki ruang udara Malaysia. - Foto TUDM
Juruterbang TUDM merakam gambar pada Isnin lalu dan dihebahkan sehari kemudian menunjukkan pesawat milik Chinese People’s Liberation Army Air Force jenis Ilyushin Il-76 memasuki ruang udara Malaysia. – Foto TUDM

“Kita hanya membuat perkiraan yang salah di rantau berkenaan dengan aktiviti seumpamanya, khususnya masuk ke ruang udara pihak lain,” katanya pada Jumaat.

Beijing menuntut Taiwan sebagai sebahagian wilayah China dan menegaskan pesawatnya yang terbang berhampiran Borneo di Laut China Selatan, sedang menjalani latihan rutin dan tidak memasuki ruang udara Malaysia.

Beijing tidak mengendahkn keputusan tribunal antarabangsa pada 2016 yang mengisytiharkan tuntutannya terhadap hampir semua Laut China Selatan adalah tanpa asas.

Pesawat Hawk 208 TUDM terbang di ruang udara Labuan, Rabu lalu. - Foto BERNAMA
Pesawat Hawk 208 TUDM terbang di ruang udara Labuan, Rabu lalu. – Foto BERNAMA

Ketika ini, wujud kebimbangan dalam kalangan negara Barat bahawa pasukan tentera China yang semakin berkuasa, akan cuba merampas Taiwan menggunakan kekerasan.

Sejak beberapa bulan lalu, kekerapan penerbangan pesawat China di rantau itu meningkat secara dramatik, yang mengancam keupayaan pertahanan udara Taiwan. – AFP

TUDM meletakkan pesawat Hawk 208 di Pangkalan Udara Labuan dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM. - Foto BERNAMA
TUDM meletakkan pesawat Hawk 208 di Pangkalan Udara Labuan dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM. – Foto BERNAMA

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close