
PELABUHAN KLANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas 25 tan kobis bulat diimport dari China yang dipercayai mempunyai serangga perosak di sini, semalam.
Pengarah MAQIS Selangor, Zamri Hashim berkata, penahanan barang dagangan import itu dilakukan hasil pemeriksaan rutin pegawai penguasa jabatan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan, MAQIS mendapati kobis bulat seberat 25 tan mempunyai serangga perosak jenis Plutella xylotella Linn.
“Kobis bulat yang dibawa dari China itu dipercayai mempunyai lebih daripada seekor serangga perosak di setiap kobis yang diimport.
DISYORKAN UNTUK ANDA
- Cacing dalam tin sardin
- MAQIS rampas 12 kotak salad tercemar
- MAQIS rampas 1,208kg keratan ros segar
- MAQIS rampas 1,160kg daging kambing import tiada tanda halal
“Beberapa sampel sudah diambil dan masih dalam siasatan. Semua barang dagangan itu ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Zamri berkata, kobis bulat berkenaan diimport sebuah syarikat tempatan untuk pasaran dalam negara.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] iaitu mengimport keluaran pertanian yang dipercayai mempunyai perosak.
“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.