Covid-19Malaysia

Pahang peruntuk RM9.3 juta BPP COVID-19 Fasa Dua

KUANTAN: Kerajaan negeri memperuntukkan RM9.3 juta dalam Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 Fasa Dua bagi membantu rakyat yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan (PKPD).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata penyaluran bantuan secara bersasar itu membawa kepada jumlah RM17.1 juta, termasuk RM7.8 juta diperuntukkan dalam fasa pertama diumumkan pada Mei lalu.

Beliau berkata, BPP COVID-19 Fasa Dua akan disalurkan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan melalui penyerahan bakul makanan.

“Antara golongan yang akan mendapat manfaat ialah pengusaha bot dan pemandu pelancong, operator kantin harian sekolah dan pekerja, penyedia perkhidmatan penghantaran, pemandu kenderaan e-hailing serta sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

(Gambar fail) Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - NSTP/Muhd Asyraf Sawal
(Gambar fail) Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. – NSTP/Muhd Asyraf Sawal

“Seterusnya, masyarakat Orang Asli menerusi Tok Batin serta penduduk bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB).

“Selain itu, ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia serta penggiat seni,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, beliau sudah meminta supaya pengagihan bantuan itu dilaksanakan secepat mungkin.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close