
KUALA LUMPUR: Kadar pemberian suntikan vaksin COVID-19 di seluruh negara terus meningkat dengan 252,773 dos semalam, tertinggi direkodkan semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam ialah 6,554,500 dos.
“Jumlah pemberian vaksin setakat semalam ialah 6,554,500 dos. Sebanyak 252,773 individu menerima vaksin semalam. Jumlah penerima dos pertama ialah 4,749,133 orang.
“Daripada jumlah itu, 1,805,367 orang juga terima dos kedua” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.
- Pemberian vaksin COVID-19 melebihi 5 juta dos
- Purata pemberian vaksin cecah 189,329 dos sehari
- Kira-kira 438,000 sudah lengkap dua dos vaksin
- 1,210,779, jumlah keseluruhan pemberian dos pertama, kedua vaksin
Adham turut berkongsi perangkaan kumulatif dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang menunjukkan jumlah harian vaksinasi mengikut negeri.
Secara keseluruhannya, Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak antara negeri mencatatkan angka harian tertinggi suntikan dos pertama, melepasi 700,000 penerima.https://ad4ca915669f2c9d78e77675a83e4f51.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html
Semalam, Kuala Lumpur merekodkan pemberian vaksinasi tertinggi iaitu 825,010 suntikan untuk dos pertama manakala dos kedua 157,393.
Ia diikuti Sarawak, 775,906 suntikan dos pertama dan 189,280 suntikan dos kedua, manakala Selangor mencatatkan 731,294 suntikan (dos pertama) dan 237, 662 (dos kedua).
Sehingga semalam, peratus keseluruhan penduduk di negara ini yang lengkap divaksin turut merekodkan peningkatan kepada 5.5 peratus berbanding kelmarin, 5.3 peratus.
Terdapat tiga negeri merekodkan peningkatan peratusan vaksinasi lengkap melebihi 10 peratus, masing-masing Putrajaya dengan 20.9 peratus, Labuan (13.81 peratus) dan Perlis (13.1 peratus).