Malaysia

Lapor polis jika ditawar beli vaksin Covid-19 – Khairy

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai untuk tidak berurusan dengan sesiapa yang menawarkan pembelian vaksin Covid-19.

Tegasnya, semua suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia.

Lantaran itu, beliau meminta orang ramai yang ditawarkan untuk pembelian vaksin Covid-19 supaya terus melaporkan perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, tiada bayaran juga boleh dikenakan kepada orang ramai yang pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah pengamal perubatan swasta untuk imunisasi COVID-19.

Beliau yang merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berkata, tiada kos rundingan juga boleh dikenakan oleh pengamal perubatan swasta ke atas orang ramai yang hadir atas janji temu yang telah diberikan untuk divaksinasi.

Menurutnya, terdapat beberapa jenis PPV yang dikendalikan oleh pengamal perubatan swasta di bawah ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd., sebuah syarikat bukan berasaskan keuntungan milik Kementerian Kesihatan Malaysia.

PPV tersebut adalah PPV Pengamal Perubatan Am Swasta, PPV Hospital Swasta, PPV Klinik Pakar, PPV Pusat Jagaan Ambulatori dan PPV Industri.

”Prinsip yang sama juga terpakai untuk program PPV Industri di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang telah digerakkan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 melalui Fasa 4 PICK.

”Vaksin dibekalkan secara percuma di bawah PIKAS. Kos pentadbiran vaksin perlu ditanggung majikan di mana kos tersebut merangkumi penyediaan PPV dikendalikan pihak swasta dan perkhidmatan pengamal perubatan swasta.

Oleh itu, majikan dilarang memindahkan kos pentadbiran vaksin kepada pekerja melalui potongan gaji pekerja berkenaan. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close