InfoMalaysia

PKP 3.0: Lanjut atau tidak diketahui hari ini

Anggota polis melakukan pemeriksaan kenderaan semasa sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penutupan penuh bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun di Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan keputusan sama ada menyambung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sepatutnya berakhir esok atau tidak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan keputusan kerajaan petang ini.

Semalam tular kenyataan palsu kononnya PKP 3.0 akan disambung dua minggu lagi iaitu sehingga 12 Julai 2021.Perkara itu telah dinafikan oleh Ismail Sabri.Pelan Pemulihan Negara (PPN) menetapkan nilai ambang 4,000 kes tujuh hari berturut-turut untuk beralih ke fasa dua pelan tersebut.

Penilaian turut dibuat berdasarkan kapasiti katil di unit rawatan rapi perlu mencapai paras 75 peratus ke bawah di samping 10 peratus populasi telah divaksin.

Berdasarkan perkembangan semasa yang menyaksikan kes harian melepasi 5,000 pesakit tiga hari berturut-turut, begitu juga jumlah kes di ICU masih melepasi 800 kes dijangkakan PKP 3.0 disambung dua minggu lagi.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media di Bukit Gambir baru-baru ini berkata, walaupun kerajaan sudah menentukan nilai ambang tetapi keadaan sentiasa berubah-ubah dan sedikit penyelarasan akan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close