
PETALING JAYA: Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah jenis ganja yang didalangi warga tempatan selepas menahan empat lelaki dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid, berkata serbuan pertama jam 2.20 petang di kawasan parkir pasar raya di Taman Maju Jaya, di sini, membawa kepada penahanan dua lelaki dalam sebuah kereta.
“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu, pihak polis menemui satu beg galas berisi dadah jenis ganja seberat kira-kira 1 kilogram (kg) selain merampas wang tunai RM5,000.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai sedang menjalankan urusan jual beli dadah,” katanya dalam sidang media hari ini.
- 14 individu ditahan dalam Op Tapis di PJ
- Taktik edar dadah guna alat permainan terbongkar
- Bayi sembilan bulan maut diliwat suami pengasuh
- Penganggur tanam ganja di dapur rumah ditahan
Susulan itu, pada hari yang sama kira-kira jam 6.15 petang, soal siasat kedua-dua suspek berjaya memberkas dua lagi rakan sejenayah di sebuah apartment di Taman Pasir Permata, Kuala Lumpur, yang dijadikan tempat pembungkusan dadah.
Pemeriksaan lanjut menemui lapan ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat kira-kira 5.2 kilogram serta papan pemotong, alat penimbang, pisau pemotong, gunting, pita pelekat dan botol kaca.https://902dfd6c7ef7f7f249eef67c27914e41.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html
Selain itu sebuah kereta jenis Kia Forte dan Yamaha 135LC disita untuk tindakan lanjut.
Fakhrudin berkata, pihaknya percaya jumlah semua rampasan dadah bernilai RM22,943.70 itu mampu dibekalkan kepada 6,200 orang penagih.
“Siasatan polis mendapati geng ini telah aktif mengedar dadah ganja sejak tahun lalu dengan mendapatkan bekalan daripada sindiket sebelum dibuat pembungkusan semula.
“Siasatan masih dijalankan untuk memburu dua lagi rakan sepenjenayah suspek,” katanya sambil menambah semua suspek direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam sidang media sama, Fakhrudin berkata, lima lelaki tempatan yang menyasarkan lelaki warga asing sebagai mangsa jenayah samun mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di Kampung Medan, Petaling Jaya, semalam.
Semua mereka berusia antara 21 hingga 48 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, selepas melakukan risikan sejak seminggu lalu berdasarkan maklumat mangsa.
Polis menerima satu laporan pada Ahad lalu daripada seorang pengawal keselamatan berhubung kejadian samun oleh suspek di kediamannya.
“Berdasarkan laporan, pada Sabtu lalu, seramai tujuh lelaki disyaki warga tempatan yang menaiki empat motosikal dengan bersenjatakan dua bilah pisau menuju ke rumah pengadu.
“Seorang suspek telah mengambil sebatang kayu cota milik pengadu dan mengugut mahu mencederakan mangsa dan rakan-rakan warga asing lain di rumah tersebut,” katanya.
Suspek telah mengambil telefon milik mangsa dan rakan-rakannya sehingga menyebabkan kerugian bernilai lebih RM2,500.
“Bertindak atas maklumat kita sudah memberkas suspek semalam dan semua suspek juga mengaku terbabit dalam lima kes samun dan curi motosikal dalam daerah Petaling Jaya dan satu kes di Subang jaya,” katanya.