Tiada isu penduduk lari PKPD

PETALING JAYA: Tiada pekerja warga asing di Mentari Court, Sunway Mentari, di sini yang dikatakan melarikan diri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang tular dalam laman sosial sejak semalam.
Ini kerana pergerakan penduduk untuk keluar masuk ke kawasan itu hingga jam 12.01 tengah malam tadi masih dibenarkan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mana-mana individu dibenarkan keluar dan masuk di kawasan berkenaan sebelum pelaksanaan PKPD dikuatkuasakan.
“Sebelum perlaksanaan PKPD, mana-mana individu bebas bergerak dalam radius 10 kilometer untuk bekerja, membeli barang keperluan atau mempunyai urusan penting berkaitan kecemasan.
- Bas khas untuk bawa petugas barisan depan di lokasi PKPD
- COVID-19: Aman Jaya kena PKPD tengah malam ini
- PKPD: Kawalan ketat di Felda Tersat
- Penduduk Aman Jaya sedia hadapi PKPD malam ini
“Bagaimanapun, selepas perlaksanaan PKPD bermula 12.01 tengah malam tadi, tiada pergerakan keluar dari kawasan ini dibenarkan,” katanya selepas meninjau pelaksanaan penguatkuasaan di Mentari Court, pagi tadi.

Beliau berkata kemungkinan terdapat timbul salah faham apabila ada pekerja warga asing yang didakwa melarikan diri seperti dakwaan tular di media sosial.
“Namun tiada kes sedemikian kerana mereka bebas keluar dan masuk sebelum perlaksanaan PKPD. Untuk peringkat awal pihak KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melakukan proses rekod butiran diri terhadap semua 17,000 penghuni bagi mengelak sebarang pergerakan keluar dan masuk tanpa kebenaran semasa PKPD dilaksanakan,” katanya.
Penguatkuasaan bagi mengelak pergerakan keluar dan masuk tanpa kebenaran akan dilakukan secara menyeluruh bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.