TH menang anugerah kecemerlangan teknologi

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menerima pengiktirafan Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021 bagi kategori Perkhidmatan Dalam Talian – Perkhidmatan Kewangan.
Pengiktirafan itu julung kalinya diterima bagi platform THiJARI, dianugerahkan Singapore Business Review, baru-baru ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, berkata anugerah itu adalah pengiktirafan bagi projek inovatif dilaksanakan TH menerusi platform THiJARI yang turut membuktikan komitmen untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan dan haji inovatif.
Katanya, Platform THiJARI memudahkan orang awam dan pendeposit khususnya, agar mereka dapat mengakses perkhidmatan TH pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.DISYORKAN UNTUK ANDA
“Anugerah ini adalah pengiktirafan kepada TH dan manifestasi sokongan pendeposit atas usaha kami menambah baik perkhidmatan dalam talian dengan pengenalan THiJARI demi kemudahan mereka.
“Ia juga seiring dengan perkembangan digital masa kini dan menjadi platform utama dalam membantu mendepani cabaran pandemik COVID-19 sekarang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.https://0694f848d818938527f7f51ebb98f744.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html
THiJARI direka dengan susun atur kemas, navigasi mesra pengguna dan dilengkapi ciri keselamatan tinggi bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.
Antara fungsi utama disediakan termasuklah kemudahan pembukaan akaun secara maya (VAO), butiran akaun, pindahan dana dari bank ke THmelalui FPX, pendaftaran hibah amanah dan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH lain, keahlian Kelab TaHa dan pelbagai perkhidmatan haji.
Amrin berkata, TH komited menambah baik perkhidmatan diberikan termasuk platform dalam talian, THiJARI yang terbukti menjadi pilihan terbaik dan paling mudah bagi pendeposit untuk melakukan transaksi dan menerima perkhidmatan TH setiap hari.
“THiJARI kini boleh dicapai melalui laman sesawang www.thijari.com.my atau dimuat turun menerusi aplikasi iOS dan Android.
“Walaupun baru setahun dilancarkan, pengguna THiJARI Web mencecah hampir 830,000 dan 430,000 pengguna THiJARI App dengan 50,000 transaksi direkodkan setiap hari.
“TH amat berbesar hati dengan anugerah yang diterima dan ia adalah perangsang untuk TH terus melakukan transformasi digital dalam perkhidmatan, sekali gus meluaskan akses perkhidmatan, menjimatkan masa dan mensejahterakan alam sekitar,” katanya.