MalaysiaSetempat

Beberapa kawasan dijangka ribut petir hingga Isnin ini

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di empat negeri dijangka mengalami kejadian ribut petir, hujan lebat serta angin kencang hingga Isnin ini.

Amaran cuaca peringkat kuning dikeluarkan membabitkan Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut Matang dan Selama).

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon, berkata kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di beberapa negeri utara Semenanjung sepanjang tempoh itu.

Katanya, ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang pula berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur tidak kukuh.

DISYORKAN UNTUK ANDA

“Angin kencang barat daya berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai

4.5 meter dijangka boleh berlaku di kawasan Selat Melaka Utara dalam tempoh itu.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close