Covid-19Malaysia

Sabah rekodkan kluster punca jangkitan dipercayai dari Indonesia

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kluster baharu iaitu Kluster Sawit Segama di Lahad Datu berpunca daripada kes indeks seorang wanita warganegara Indonesia yang memasuki negeri berkenaan pada 25 Jun lepas.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kluster terbabit membabitkan kes indeks seorang wanita berusia 48 tahun, warganegara Indonesia dikesan positif pada 6 Julai lepas hasil saringan masuk kerja di sebuah klinik swasta.

“Kes indeks yang masuk ke Sabah pada 25 Jun lalu bersama dua cucu, diarahkan menjalani kuarantin di sebuah ladang sebelum dibenarkan bekerja.

“Susulan penemuan kes positif itu, pengesanan secara aktif dan saringan yang dijalankan terhadap 64 kontak mendapati 14 lagi individu disahkan positif termasuk satu kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 15 kes.

“Sementara itu, 49 individu didapati negatif saringan pertama,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Masidi berkata, jumlah kes harian COVID-19 semalam kekal mencatatkan kes sebanyak tiga angka.

Beliau berkata, secara keseluruhan jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri itu semalam adalah sebanyak 323 kes menjadikan jumlah kumulatif 71,791 kes, manakala 230 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif seramai 68,969 orang.

“Tiada kes kematian dilaporkan manakala seramai 1,867 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 386 orang di hospital, 1,345 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 136 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS),” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close