#kitajagakitaCovid-19Malaysia

HTAR nafi Jabatan Kecemasan dan Trauma ‘dikosongkan’ kerana lawatan PM

KUALA LUMPUR – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang menafikan Jabatan Kecemasan dan Trauma telah ‘dikosongkan’ berikutan lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, kenyataan yang tular di media sosial itu adalah tidak benar kerana jabatan berkenaan sememangnya penuh dengan pesakit.

Katanya, trend semasa di Jabatan Kecemasan dan Trauma menerusi kes harian oleh Unit Pengurusan Katil adalah 150 sehingga 180 pesakit.

Manakala pesakit yang masih belum menerima rawatan di jabatan itu setakat semalam adalah seramai 117 orang.

“Pada 8 Julai lalu, wad G2 dan G3 yang berdekatan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma telah dikenalpasti sebagai tempat yang boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

“Kompleks Rawatan Harian (ACC) pula pada 9 Julai telah dicadangkan untuk ditukarkan fungsinya sebagai wad sementara merawat pesakit Covid-19 demi memastikan pesakit mendapat rawatan dalam ruang yang selesa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian susulan tular mesej dan gambar menerusi aplikasi Whsatpp yang mendakwa lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin semalam menyebabkan Jabatan Kecemasan dan Trauma (HTAR) Klang ‘dikosongkan’.

Dr Zulkarnain menambah kriteria untuk menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 ke Wad Covid-19 berisiko rendah adalah atas keputusan pihak pengurusan wad dan bukan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Ujarnya lagi, pemindahan pesakit Covid-19 ke ACC adalah pelan kontigensi yang diambil pengurusan bencana peringkat hospital.  – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close