#kitajagakitaMalaysia

Polis tak terima surat MITI rentas negeri hingga Rabu

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melarang sebarang pergerakan merentas negeri menggunakan surat kebenaran dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula hari ini hingga Rabu ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata tindakan itu dibuat bagi mengelak perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyalahguna surat kebenaran MITI untuk merentas negeri bagi tujuan pulang ke kampung menyambut Aidiladha Selasa ini.

“Ini berikutan PDRM mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini. Justeru, semua sekatan jalan raya di sempadan negeri diarah meningkatkan penguatkuasaan.

Kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengenai surat kebenaran MITI tidak dibenarkan diguna untuk merentas negeri bermula 18 Julai hingga 21 Julai ini. - Foto PDRM
Kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengenai surat kebenaran MITI tidak dibenarkan diguna untuk merentas negeri bermula 18 Julai hingga 21 Julai ini. – Foto PDRM

“Semua sekatan jalan raya di sempadan negeri diarahkan supaya tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh bermula hari ini hingga 21 Julai ini (Rabu) bagi pergerakan merentas negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Acryl berkata, larangan itu tidak terpakai untuk urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

“Mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

“Masyarakat dinasihat untuk terus bersama memainkan peranan dalam melandaikan lengkuk jangkitan wabak COVID-19,” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close