MalaysiaPolitic

Takiyuddin jawab isu batal Ordinan Darurat Isnin ini

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin memberitahu Dewan Rakyat pagi ini, beliau akan menjawab mengenai pembatalan Ordinan Darurat pada Isnin ini.

Katanya, bagi kes saman selepas penarikan ordinan itu pada 21 Julai, ahli Parlimen boleh bangkitkan pada sesi penerangan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Ini kerana, kata beliau, kuasa saman dan kompaun itu terletak pada Menteri Kesihatan dan penyelarasan akan dijelaskannya.

“Mengenai kes saman dan kompaun selepas 21 Julai, yang akan menghadapi pendakwaan di mahkamah, akan dijelaskan oleh saya pada Isnin ini.

“Tetapi, kalau pembangkang tidak sabar menunggu Isnin, mereka boleh mencelah pada sesi penerangan Menteri Kesihatan hari ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu (Pas).

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Amanah) kemudian mencelah meminta Takiyuddin menjawab serta merta bukan menunggu sehingga Isnin, kerana bimbang dengan kes saman dihadapi orang ramai selepas ordinan ditarik.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said kemudian menegur Salehuddin kerana tidak sabar dengan tarikh ditetapkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang menetapkan Isnin untuk menteri menjawabnya. – MalaysiaGazette

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close