Malaysia

PM Interim cuma khabar angin – Ismail Sabri

BERA – ”Jolokan yang diberikan sebagai Perdana Menteri Interim, itu hanyalah khabar angin,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang menafikan tindakan segelintir pihak yang mencadangkan nama beliau sebagai Perdana Menteri Interim berkata, dalam perlembagaan Perseketuan tiada istilah Perdana Menteri Interim atau Kerajaan interim seperti yang digembar-gemburkan dalam laporan portal media.

“Tidak perlu layan bila pihak ada cuba pecah-belahkan sebab kalau layan keadaanya lagi teruk.

Ahli Parlimen Bera menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada lima perkampungan di Masjid Kg Charuk Puting, Bera

“Kita tak perlu terlalu ikut dengan apa digembar-gemburkan, lagi pun banyak pihak membuat kenyataan, lebih banyak mengelirukan rakyat,” katanya.

Sebaliknya, berdamai dan bersatu merupakan tindakan yang boleh diambil dalam membetulkan keadaan sekarang.

“Tanggungjawab lebih besar, lebih penting rakyat, kerana rakyat susah hari ini, selesaikan isu rakyat dulu dan paling penting selesaikan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada wakil kampung Cherak Puting, Guai, Batu Bor, Mengkuang Ladang dan RTPP di sini, hari ini.

Sehingga kini, sebanyak 19,372 bakul makanan telah disalurkan kepada mereka yang terkesan di sekitar daerah Bera akibat pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close