Malaysia

Malaysia menang pingat perak menerusi Azizulhasni

TOKYO- Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menang pingat perak dalam acara keirin lelaki Olimpik Tokyo hari ini.

Sebelum itu, beliau layak ke akhir keirin lelaki bagi meneruskan usaha pencarian pingat emas Olimpik Malaysia yang pertama di Sukan Olimpik Tokyo.

Bekas juara dunia berumur 33 tahun itu yang menjadi harapan negara untuk merangkul pingat emas sejak dari awal temasya, mengungguli Saringan Dua di hadapan pelumba Jerman Maximilian Levy dan pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen, yang meraih pingat emas dalam acara pecut lelaki.- BERNAMA

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close