
Kota Kinabalu: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai meninggal dunia kira-kira 6 pagi, hari ini.
Perkara itu disahkan anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Sakaran ketika dihubungi.
“Ya benar ayah kami sudah meninggal dunia pagi ini. Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan, ” katanya.
Pada 18 Ogos lalu, Sakaran, 91, dimasukkan ke sebuah hospital swasta kerana disyaki dijangkiti Covid-19, sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 25 Ogos.